Monday 3 December 2012

Keistimewaan Bersolat (Bahagian 1- Meluruskan Saf)....


Assalamualaikum...
Seperti yang kita semua tahu, solat adalah tiang agama. Jika kita tidak solat maka agama kita akan runtuh. Ia diibaratkan seperti rumah yang tiada tiang. Tetapi, pada masa kini, zaman semakin maju. Maka, ramai yang meninggalkan solat dengan alasan tidak sempat, tertidur, penat,  banyak kerja dan sebagainya. Kawan-kawan, walaupun sesibuk mana pun kita, kita wajib menunaikan solat kerana Rasulullah SAW iaitu junjungan kita yang mulia dan juga Habibullah,
tetap menunaikan solat walaupun ketika Baginda sedang berperang. Walaupun Baginda tahu Baginda akan memasuki Syurga, Baginda tetap beribadah kepada Allah. Inikan pula kita yang tidak tentu lagi ke Syurga mahupun sebaliknya. Oleh itu, ana ingin berkongsi tentang faedah bersolat dari sudut saintifik.

1. Meluruskan Saf 



     Gambar pertama menunjukkan cara meluruskan saf yang betul manakala Gambar yang kedua pula adalah cara yang salah. Cuba kita lihat pada gambar pertama. Bahu dan bahu mestilah bertemu dan kaki dan kaki mesti bertemu. Selain itu, kaki kita juga perlu berada diatas garisan yang sama. Untuk mengetahui adakah kita berada didalam saf yang lurus, kita mestilah tidak boleh nampak orang yang berada disebelah orang yang duduk di sebelah kita. 
     Senang kata, terdapat tiga orang makmum. Amin, Aman dan Ahmad. Aman berdiri diantara Amin dan Ahmad. Jadi, Amin tidak oleh nampak Ahmad dan Ahmad tidak boleh nampak Amin. Pada Gambar kedua pula menunjukkan saf yang tidak lurus. Kesalahan yang pertama ialah bahu mereka tidak bertemu bahu dan kaki juga tidak bertemu kaki.
     Kesalahan kedua pula kedudukan kaki mereka tidak sama kerana ada kaki yang ke hadapan dan ada kaki yang kebelakang. Kita boleh melihat orang yang ketiga jika kita berada dalam saf ini. Dari sudut saintifiknya, jika kita meluruskan saf dengan cara yang betul, ia akan menyeimbangkan tenaga/ cas positif dan tenaga/ cas negatif. 
     Dengan kata lain, ia akan memberikan kita tenaga ketika hendak bersolat. Jika anda tidak percaya, sila cuba meluruskan saf ketika hendak solat Subuh ( kerana ketika Subuh ada diantara anda tidak bertenaga ) dan rasa apa yang anda rasa. 

No comments:

Post a Comment