Monday 3 December 2012

Ajaibnya Buah Tembikai....



  
Assalamualaikum....
Sejak semenjak ni cuaca tak tentu arah. Kejap hujan, kejap panas. Ni lah akibat tak jaga alam semulajadi. ('=_=) Tak mengapa. Untuk menjaga kesihatan, kita digalakkan minum banyak air kosong dan makan buah yang banyak. Antaranya ialah buah tembikai. Dalam buah tembikai terdapat banyak nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Antaranya ialah:


  • Vitamin A - mengurangkan risiko rabun malam dan meningkatkan tahap keupayaan melawan sel darah putih (Lymphocytes) dari jangkitan kuman.
  • Vitamin B6 - menolong sistem imun badan mengeluarkan antibodi. Selain itu, ia juga mengekalkan fungsi saraf dan pembentukan sel darah merah.
  • Vitamin C - mampu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan dari jangkitan bakteria dan virus serta melindungi badan dari radikal bebas (radikal bebas boleh mempercepatkan proses tua seperti katarak) 
  • Buah tembikai mengandungi sumber Kalium (Potassium). Mineral Kalium adalah unsur utama dalam keseimbangan air dan ujud dalam setiap sel. Tahap Kalium yang rendah menyebabkan anda mudah mengalami otot kejang.

Subhanallah... Hebatnya ciptaan Allah. Dengan info ini harap dapat membantu anda. Ana ingin berkongsi sebuah resepi yang mudah dan ringkas. Selamat mencuba..... ^_^


                                                Milky Watermelon Blended

Bahan-bahan: 
  • Buah tembikai merah
  • Susu pekat manis
  • Ais
  • Air kosong
Cara-cara: 
  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam blender. Kemudian blender sehingga hancur. Tadaa!! Dah siap! Mudah dan ringkas bukan?? Sedia untuk dihidang.


Keistimewaan Bersolat (Bahagian 1- Meluruskan Saf)....


Assalamualaikum...
Seperti yang kita semua tahu, solat adalah tiang agama. Jika kita tidak solat maka agama kita akan runtuh. Ia diibaratkan seperti rumah yang tiada tiang. Tetapi, pada masa kini, zaman semakin maju. Maka, ramai yang meninggalkan solat dengan alasan tidak sempat, tertidur, penat,  banyak kerja dan sebagainya. Kawan-kawan, walaupun sesibuk mana pun kita, kita wajib menunaikan solat kerana Rasulullah SAW iaitu junjungan kita yang mulia dan juga Habibullah,
tetap menunaikan solat walaupun ketika Baginda sedang berperang. Walaupun Baginda tahu Baginda akan memasuki Syurga, Baginda tetap beribadah kepada Allah. Inikan pula kita yang tidak tentu lagi ke Syurga mahupun sebaliknya. Oleh itu, ana ingin berkongsi tentang faedah bersolat dari sudut saintifik.

1. Meluruskan Saf 



     Gambar pertama menunjukkan cara meluruskan saf yang betul manakala Gambar yang kedua pula adalah cara yang salah. Cuba kita lihat pada gambar pertama. Bahu dan bahu mestilah bertemu dan kaki dan kaki mesti bertemu. Selain itu, kaki kita juga perlu berada diatas garisan yang sama. Untuk mengetahui adakah kita berada didalam saf yang lurus, kita mestilah tidak boleh nampak orang yang berada disebelah orang yang duduk di sebelah kita. 
     Senang kata, terdapat tiga orang makmum. Amin, Aman dan Ahmad. Aman berdiri diantara Amin dan Ahmad. Jadi, Amin tidak oleh nampak Ahmad dan Ahmad tidak boleh nampak Amin. Pada Gambar kedua pula menunjukkan saf yang tidak lurus. Kesalahan yang pertama ialah bahu mereka tidak bertemu bahu dan kaki juga tidak bertemu kaki.
     Kesalahan kedua pula kedudukan kaki mereka tidak sama kerana ada kaki yang ke hadapan dan ada kaki yang kebelakang. Kita boleh melihat orang yang ketiga jika kita berada dalam saf ini. Dari sudut saintifiknya, jika kita meluruskan saf dengan cara yang betul, ia akan menyeimbangkan tenaga/ cas positif dan tenaga/ cas negatif. 
     Dengan kata lain, ia akan memberikan kita tenaga ketika hendak bersolat. Jika anda tidak percaya, sila cuba meluruskan saf ketika hendak solat Subuh ( kerana ketika Subuh ada diantara anda tidak bertenaga ) dan rasa apa yang anda rasa.