Thursday 9 August 2012

MENJEMPUT BIDADARI.....






Bila yakin telah tiba,
teguh dalam jiwa,
kesabaran menjadi bunga.

Sementara waktu berlalu,
penantian tidak menjadi sia-sia,
saat perjalanan adalah pencarian diri.

Laksana Zulaikha jalani hari,
sabar menanti Yusuf sang tambatan hati,
dalam penantian mencari diri,
memohon ampunan dipertemukan.

Segeraku menjemput engkau bidadari,
apabila tiba waktu kutemukan aku.
Ya Ilahi Rabbi, keras kumencari diri sepenuh hati.
Teguhkanlah langkah ini,
dalam penantian hakikat diri,
izinkan kujemput bidadari,
untuk bersama menuju-Mu sepenuh hati....

Kini yakin telah tiba,
teguh dalam jiwa,
kesabaran adalah permata.

Dan waktu terus berlalu,
penantian tidak bererti sia-sia,
saat perjalanan adalah pencarian diri.

Laksana Adam dan Hawa,
turun ke bumi terpisah jarak dan waktu,
dalam penantian mencari diri,
memohon ampunan dipertemukan.

Bidadari telah menyentuh hati,
teguhkan nurani.
Bidadari telah menyapa jiwa,
memberikan makna.

-Diambil dari novel Matahari oleh Hilal Asyraf.



Friday 3 August 2012

Air Terjun Niagra



Assalamualaikum..
Pada kali ini ana nak kongsi dengan antum tentang Air Terjun Niagra..
Apa pendapat antum tentang air terjun di atas..
Cantik??? Indah???
Mesti perkataan pertama antum ucapkan ialah 'Astaghfirullah', 'Subhanallah', 'Masyaallah'
dan akhir perkataan anda ialah 'Cantiknya'
Baiklah. Kalau ana cerita banyak nanti antum bosan. 
Ini fakta sains yang menarik. 

Niagra adalah air terjun yang besar di sungai Niagra yang berada di garis perbatasan antarabangsa antara negara bahagian Amerika Syarikat dan New York dengan wilayah Kanada Ontario. Air terjun ini berada kira-kira 17 mil iaitu 27 kilometer sebelah utara barat laut dari Buffalo, New York dan 75 mil iaitu kira-kira 120 kilometer tenggara Toronto, Ontario.

Niagra adalah nama bagi tiga buah air terjun iaitu Air Terjun Horseshoe ( juga di kenali sebagai Air Terjun Kanada ), Air Terjun Amerika dan air terjun yang paling kecil iaitu Air Terjun Bridal Veil yang dipisahkan oleh sebuah pulau, Luna Island dari air terjun utama.

Air Terjun Niagra tidak terlalu tinggi tetapi ia sangat lebar dan sangat popular di dunia. Lebih dari 6 juta kaki kubik ( 168,000 m3 ) air per minit dijatuhkan dan ini merupakan air terjun yang paling kuat dan deras di Amerika Utara.

Air Terjun Niagra juga terkenal dengan pelanginya yang indah yang terbentuk di tengah deras air terjun secara melintang. Keindahan alam yang terdapat di sekeliling Niagra membuat jutaan orang dari setiap belahan dunia mengunjungi air terjun ini hampir setiap hari. Apalagi kalau bukan untuk melihat air terjun yang paling popular ini.

Itu sahaja yang boleh ana kongsi kali ini. Insyaallah nanti ana post lagi ilmu untuk dikongsi bersama. Ilmu Itu Pelita Hidup... ^_^ <3