Saturday 24 November 2012

Pemanis Telinga.... (^_^) (>.<) (^v^)

Assalamualaikum... ^_^
Akhirnya selepas banyak yang ana post tentang saudara kita di Gaza, Palestin. Akhirnya perang  disana berhenti juga. Kesian ana tengok walaupun dah tak perang, harta benda mereka hancur seperti rumah, pakaian dan lain-lain. Lagi kesian bila fikir mereka yang kehilangan insan tersayang. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah tiada yang murtad, Insyaallah.
Sempena untuk meraikan gencatan senjata yang telah dilakukan, ana nak kongsi beberapa buah lagu kegemaran ana tentang pejuang Islam seperti Salahuddin Al-Ayubi dan Hanzalah. Selain itu, yang pastinya ada yang mengisahkan tentang Gaza, Palestin. Harap antum semua sukakan lagu-lagu ini. Harap antum tidak bosan mendengar lagu-lagu ini kerana ada 8 buah lagu. Selamat mendengar dan menghayati ........


1. Bebas Palestine


2. Salahuddin Al-Ayubi


3. Freedome


4. Hanzalah


5. Palestine Will Be Free


6. Perang Dah Tamat


7. For Palestine


8. Palestine Tercinta

p/s: lagu ke-8 nie lambat sikit keluar sebab intro dia panjang sangat. Harap antum bersabar

Sekian sahaja daripada ana untuk kali ini. Insyaallah pada masa yang akan datang ana akan postkan maklumat tentang sains pula. Assalamualaikum..... <3


Friday 9 November 2012

Apa Salah Mereka??


     
                                                          
Kedengaran suara jeritan kanak-kanak,
Melihat insan tersayang pergi meninggalkan mereka,
Apa salah mereka?
Mereka berhak memiliki apa yang kita miliki,
Ada yang menangis dan merintih akan pemergian insan yang disayangi.

Setelah insan tersayang pergi,
Mereka ditangkap, diseksa malah dibunuh,
Oleh mereka yang tamak,
Tamak akan nikmat duniawi. 

Menitis air mata ku keinsafan,
Melihat penderitaan yang mereka alami,
Adakah kalian sedar akan pengorbanan ini?

Apa salah mereka?
Kasihanilah mereka,
Melihat tragedi berdarah ini,
Teringat aku tentang Hari Kemerdekaan negaraku.

Melihat tanah Al-Aqsa dijajah dan berlaku pertumpahan darah,
Mengingatkan ku kepada seorang utusan Allah,
Yang banyak menyertai peperangan,
Untuk menegakkan agama Allah.

Ku teringat juga seorang pahlawan berkuda,
Dia seorang yang gagah perkasa dan tidak gila kuasa,
Dialah Khalid Al-Walid,
Seorang panglima perang.

Juga seorang pahlawan yang memiliki pedang yang tertajam didunia,
Yang menyertai sebuah peperangan yang amat dahsyat,
Iaitu Perang Salib.

Pedangnya mampu menembusi baju perang yang dipakai,
Pedangnya mampu membuatkan seseorang terbelah dua dengan satu libasan,
Itulah Pedang Damascus,
Kepunyaan Salahuddin Al-Ayyubi.

Oleh itu sedarlah wahai sahabat-sahabatku,
Sanggupkah kalian membiarkan saudara seagama mu menderita,
Dan tidak menghargai apa yang telah dikorbankan oleh Salahuddin Al-Ayyubi,
Bersama tenteranya.

Sanggupkah kita mengecewakan junjungan kita,
Nabi Muhammad SAW dengan membiarkan ia begitu sahaja?
Oleh itu bangkitlah sahabat ku,
Berjuanglah dijalan Allah,
Biarlah kita mati dijalan Allah,
Jangan kita mati dalam kehinaan.

Sanggupkah kalian melihat anak-anak kecil kekurangan kasih sayang?
Akibat mereka kehilangan insan yang sangat disayangi?
Mereka disana tidak cukup makan,
Dan berusaha mencari makan.

Kita pula bagaimana disini?
Kita hanya membazirkan apa yang kita ada,
Kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada,
Tetapi mereka disana...
Bersyukur dengan apa yang ada,
Meskipun hanya sebutir beras.

Mereka tidak merungut,
Walaupun kehilangan segala-galanya,
Kerana mereka tahu Allah selalu disisi mereka,
Dan mereka tahu mereka berada dijalan NYA

Sekali lagi ku ingatkan wahai sahabat-sahabat ku,
Bersyukurlah apa yang kita ada,
Jika kita miskin, Ada orang yang lagi miskin dari kita,
Jika kita susah, Ada orang yang lebih susah dari kita,
Jika kita sakit, Ada orang yang lebih sakit dari kita,
Dan jika kita senang, Tolonglah orang yang memerlukan.

Adakah ini tanda dunia akan kiamat?
Adakah ia akan berakhir begini sahaja?
Ingatlah sahabat-sahabatku,
Insaflah sahabat-sahabatku,
Bertaubatlah sahabat-sahabatku.

Tahukah kalian setiap hari mereka mempertaruhkan nyawa demi agama dan negara?
Tetapi kita disini alpa didalam dunia yang fana,
Kita berfoya-foya dengan nikmat Tuhan,
Adakah kalian sedar akan itu?
Adakah kalian sanggup peperangan berlaku?
Adakah kalian sukakan itu semua?

Ya Allah,
Selamatkanlah mereka,
Lindungilah mereka,
Masukkanlah mereka ke dalam Firdaus Mu,
Kerana mereka tetap teguh kepada agama Mu,
Amin Ya Rabbal Alamin.

p/s: kalau ada tabung sumbangan Palestine dan Syria,jangan lupa derma. Kita sesama Islam mestilah saling tolong-menolong, kan?