Friday 26 October 2012

Kucing... Bukan Setakat Haiwan Peliharaan...




                           



Assalamualaikum...
Comel tak gambar-gambar kucing diatas???
Comel kan!!!
Kali ini ana nak berkongsi dengan antum semua kisah seekor kucing bersama Rasulullah.
Kucing ada ke di Tanah Arab??? Mestilah ada.
Untuk pengetahuan antum semua, kucing telah pun hidup sejak zaman pemerintahan Firaun lagi.
Okay. Berbalik pada tajuk tadi. Di sebabkan tiada apa lagi untuk dibicarakan sebagai pembuka tirai, jom kita baca apa kaitan kucing dengan Rasulullah.

Abu Qatadah berkata bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa, "Kucing itu tidak najis. Ia binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang perumahan)," [Hadis Riwayat At-Tirmidzi, An-Nasa'i, Abu Dawud dan Ibnu Majah].

Juga diriwayatkan oleh Ali b Al-Hassan dan Anas yang menceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW pergi ke Bathhan iaitu suatu daerah di Madinah. Lalu Baginda bersabda, "Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bejana."





              
Lalu, Anas menuangkan air ke dalam bejana. Ketika sudah selesai, Nabi Muhammad SAW menuju ke bejana yang telah dipenuhi air. Tiba-tiba, seekor kucing datang lalu menjilat air yang berada di dalam bejana tersebut. Apabila Baginda melihat kucing itu sedang minum air di dalam bejana tersebut, Baginda berhenti sebentar sehingga kucing tersebut selesai. Apabila kucing itu selesai, Baginda terus mengambil wudhuk menggunakan air di dalam bejana tadi. Anas yang melihat terkejut dan bertanya tentang hal tersebut. Nabi Muhammad pun menjawab, "Ya Anas, kucing termasuk dan merupakan perhiasan rumah tangga. Ia tidak dikotori sesuatu, bahkan tiada najis."

Diriwayatkan dari Abu Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, ternyata Aisyah sedang solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk meletakkannya di atas meje. Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan solat, ia lupa pada buburnya. Lalu, datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur itu.Ketika melihat bubur tersebut dimakan kucing, lalu 'Aisyah RA membersihkan bahagian yang disentuh kucing lalu Aisyah memakan bahagian bubur yang tidak disentuh oleh kucing tersebut. Rasulullah SAW bersabda, "Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling." Aisyah pernah melihat Baginda berwudhuk  dari air yang dijilat kucing. [Hadis Riwayat Al-Baihaqi, Abd. Razzaq dan Al-Daruquthni].

Hadis yang ini pula diriwayatkan dari Malik, Ahmad dan Imam Hadis yang lain bahawa kucing adalah binatang yang peluhnya dan bekas jilatannya adalah suci (tidak najis). Navi Muhammad SAW pernah memberi gelaran kepada Abd. Al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi sebagai 'Abu Hurairah' yang beerti 'Bapa Anak-Anak Kucing' kerana sikapnya yang sangat menyayangi kucing (merawat dan membela banyak kucing jantan di rumah).

Juga diceritakan dalam sebuah kisah tenteng seekor kucing kesayangan Rasulullah yang diberi nama Muezza. Suatu hari, ketika Nabi Muhammad ingin mengambil jubahnya, Baginda menemui Muezza sedang terlelap (tertidur) di atas jubahnya. Baginda tidak mahu mengganggu peraduan Muezza lalu Baginda memotong bahagian lengan yang ditiduri Muezza. Kemudian, Baginda keluar dari rumah dengan memakai jubah tersebut.

Ketika Baginda pulang ke rumah, Muezza terbangun lalu merunduk sujud kepada Baginda. Sebagai balasan, Nabi Muhammad SAW menyatakan kasih sayangnya terhadap Muezza dengan mengelus (membelai) lembut badan kucing tersebut sebanyak 3 kali.


                   

Selain itu, apabila Nabi Muhammad menerima tetamu, Baginda akan mendukung Muezza dan meletakkannya di atas pahanya. Salah satu sifat Muezza yang disukai Baginda ialah Muezza akan mengiau ketika mendengar azan dan intonasinya seolah-olah mengikuti lantunan azan tersebut. Nabi muhammad berpesan kepada para sahabatnya supaya menyayangi kucing peliharaan dan menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi orang yang menyakiti haiwan peliharaan seperti kucing ada di sebut dalam sebuah hadis shahih Al-Bukhori dan dikisahkan seorang wanita yang tidak pernah memberikan kucing peliharaannya makan dan wanita itu juga tidak memberi kucingnya mencari makanan sendiri. Lalu Nabi Muhammad menyatakan bahawa wanita itu akan disesa di dalam neraka.

Bukan Baginda sahaja yang sayang akan kucing, malah isterinya, Aisyah binti Abu Bakar As-Siddiq juga sayang akan kucing. Saidatina Aisyah akan merasa kehilangan jikala ditinggalkan oleh kucing.


Sekian sahaja dari ana. Tiba-tiba ana rasa cemburu melihat sahabat-sahabat ana yang memelihara kucing di rumah sedangkan ana tidak membela seekor pun. Umi ana yang tak benarkan bela kucing sebab takut nanti berak merata. Tak mengapalah. Mungkin sekarang bukan masanya untuk bela kucing sebab ikan pun ana tak mampu bela, inikan pula kucing. Tunggu habis belajar baru ada masa. Syukran kerana sudi membaca coretan ana kali ini. Assalamualaikum.... ^_^



No comments:

Post a Comment