Saturday, 13 October 2012

COKLAT!!!! NYUM, NYUM....



Assalamualaikum..
Dah lama tak taip sesuatu.Kali ni ana nak berkongsi dengan antum tentang COKLAT. Ya ana tahu ramai di antara pembaca sekalian suka makan coklat. Apa sedapnya coklat?? Bukankah ia menggemukkan?? Jawapan bagi semua persoalan ini ialah YA dan TIDAK. YA kerana memang ia menggemukkan tetapi ia tidak akan menggemukkan jika kita mengambil dengan kadar yang sedikit. TIDAK kerana ia juga berguna kepada kita. Sesungguhnya Allah tidak akan menciptakan sesuatu yang tidak berguna kepada makhluk-makhluknya. Jom kita tengok apa khasiat nya kalau antum tak percaya.... ^_^


                                         




1. KHASIAT COKLAT UNTUK WANITA HAMIL



Kebanyakan suami tidak membenarkan isterinya yang sedang sarat mengandung memakan coklat   kecuali si isteri mengidam sangat-sangat sampai si suami terpaksa ikut. Sebenarnya, coklat sangat berkhasiat untuk wanita hamil. Menurut Dr. Elixabeth W.Trice dari Yale Universiti, New Haven, Connecticut, makan coklat dapat membantu mencegah komplikasi kehamilan yang dikenali sebagai Preeklamasi. Coklat Hitam (Dark Chocolate) mengandungi zat kimia yang dikenali sebagai Theobromine yang dapat menstimulasikan jantung, merehatkan otot dan membesarkan pembuluh darah.

Note: Kalau ambil banyak sangat mungkin boleh membahayakan kandungan.


2. KHASIAT COKLAT UNTUK KESIHATAN

Selain baik untuk wanita hamil, ia juga baik untuk kesihatan badan kita semua. Antaranya ialah:


  • Dapat memanjangkan umur seseorang.
    (Insya allah kalau di izinkan_NYA. Tapi pendek umur kalau makan banyak sangat sampai kena obesiti)
  • Mencegah risiko sakit jantung dan konker.
    (Jangan makan sampai lemak banyak sangat sampai jantung tersumbat pula)
  • Dapat menghilangkan tekanan (stres)

3. KEGUNAAN YANG LAIN

Selain itu, ia juga berguna untuk:

  • Memberi hadiah kepada insan tersayang.
  • Buat bisnes coklat homemade (buatan rumah)

4. KANDUNGAN YANG BIASA ADA DI DALAM COKLAT

  • Asam Stearat 35%
  • Asam Palmitat 25%
  • Asam Oleat 35%
  • Asam Linoleat 3%
  • Theobromine 
  • Polyphenol
  • Phenyletylamine
  • Katekin

Sekian sahaja dari ana tentang coklat. Kesimpulannya, coklat banyak kebaikan dan keburukan. Oleh itu, makan coklat dengan kuantiti yang sedikit walaupun ianya sedap. Ada sebuah bidalan yang menyatakan, 'Manis jangan terus ditelan, Pahit jangan terus diluah'. Salam ilmu dari saya, Ukhti Aisyah. Teruskan membaca maklumat yang sangat berguna dan jangan lupa SHARE dan LIKE.
Assalamualaikum...
Wailalliqa'.....

No comments:

Post a Comment